Seorang lagi anggota keselamatan kita telah gugur demi mempertahankan negara dalam OPS Daulat . Ia disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bahawa seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Gambar di atas ini adalah gambar Koperal Khairul Anuar yang cedera ditembak dan keadaannya dilaporkan stabil .
Menurut info , anggota pasukan keselamatan kita yang terkorban adalah dari Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Batalion ke 7 telah ditembak oleh pengganas dalam satu serang hendap pengganas .
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, mari sama-sama kita sedekahkan al fatihah kepada perajurit kita yang sanggup menggadai nyawa di medan perang untuk kedaulatan negara
Janganlah kita menjadi seperti pihak pembangkang yang tak tahu membezakan diantara politik dan juga kedaulatan negara demi mengejar kuasa.
Kita berdoa agar Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada perajurit2 kita di OPS Daulat bagi menghapuskan musuh durjana .
Al Fatihah ...
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Tuesday, March 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment