Friday, March 15, 2013

TERKINI!! MEDIA FILIPINA KAITKAN AZMIN ALI DENGAN PENCEROBOHAN DI SABAH.

Selepas mendedahkan laporan perisikan tentera Filipina berkenaan kaitan pihak pembangkang di Malaysia dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah, Inquirer News kini memetik bahawa Azmin Ali disyaki antara menjadi dalang kejadian tersebut.

Memetik laporan dari akhbar The New Straits Times, media Filipina berkenaan mengatakan bahawa Naib Presiden PKR itu kini antara yang disyaki selain dari Jeffry Kitingan dan juga Anwar Ibrahim.

Azmin sebelum ini membuat kenyataan didalam media bahawa Anwar tidak sepatutnya dikaitkan dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah. Azmin juga mengecam tindakan media Malaysia yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu didalam kejadian berdarah tersebut.

Walaupun Anwar tak menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh perisikan Filipina dan pendedahan oleh pihak Reuters berkenaan penglibatannya dengan agenda pencerobohan di Sabah, beliau kini bertindak menyaman pihak Utusan Malaysia serta TV3 yang menyiarkan pendedahan terbabit. ~ MPP News

Copy paste dari: Mpp Online


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC