Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.
Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.
Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Wednesday, March 6, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mengikut kitab suci israel zionis,
ReplyDelete"untuk mencapai kemenangan mutlak dan mengolah simpati persetujuan ramai, anda perlu membunuh suatu yg anda sangat sayangi, kemudian bangun menjadi pembela yg agung"
Wah... hebatnya! Boleh 'copy' ayat kitab suci (suci la sangat)Israel Zionis dan 'paste' di sini. Anda dah khatam kitab suci al-Quran ke?
ReplyDeleteBagaimana pula dengan isu Suara Keldaian terkantoi sebab meng edit gambar Setan Jamalul Sos Tiram dengan gambar Datuk Seri Najib tu pula?
Adakah kaedah 'pembongakan'seperti itu bukan kaedah Zionis?