Monday, March 11, 2013

WOW!! GAMBAR NIK AZIZ TERIMA HADIAH DOMPET DARI AHLI PAS. Sapa Ayam Sapa Lembu.

Dimaklumkan, seorang ahli Pas telah bersusah payah menyediakan sebuah dompet buatan tangan untuk dihadiahkan kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Ahli Pas berkenaan diberitakan amat terharu dan sedih apabila melihatkan keadaan Nik Aziz sebelum ini.

Walaupun menjawat jawatan Menteri Besar di Kelantan selama berpuluh tahun, Nik Aziz masih lagi menggunakan sampul surat biasa untuk menyimpan duitnya dimana-mana sekalipun beliau pergi.

Tabiat pemimpin Pas berkenaan sudah diketahui umum walaupun tidak diketahui motif sebenar Nik Aziz yang enggan menggunakan dompet bagi menyimpan wang beliau.

Justeru itu, ahli Pas berkenaan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan dompet khas tersebut bagi kemudahan dan kesenangan pemimpin pujaannya itu.

Kredit to: mpp online


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC