Friday, March 26, 2010

PANAZZ.. 3 KEJUTAN 30 MAC 2010.. ROMBAKAN KABINET/MODEL EKONOMI BARU/ADUN PERAK PR KELUAR PARTI..


TC : Perkabaran yang TC terima dari desas desus pelbagai info, edisi siasat, sumber-sumber yang mungkin boleh dipercayai menerujakan TC untuk mengepost 3 KEJUTAN di artikel ini.



1. ROMBAKAN KABINET MALAYSIA


TC : Kalau benar ini terjadi, apa yang diharapkan TC adalah Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan S/U Parlimen akan bekerja dengan lebih wibawa dan bersungguh demi memastikan visi Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan di realisasikan.. Insyaallah..



2. MODEL EKONOMI BARU

Model Ekonomi Baru (MEB) peringkat pertama akan diumumkan pada 30 Mac, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya MEB peringkat kedua akan diumumkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10). "Kita akan umumkan (mengenai MEB itu) tetapi ia akan berdasarkan dua peringkat. Peringkat kedua akan menjadi sebahagian daripada RMK10 dan tidak lama selepas itu, yang bergantung kepada prosesnya."

MEB dijangka lebih ampuh untuk melonjakkan negara bagi mencapai status negara maju dan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Selain itu, Najib berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang melaksanakan satu kajian mendalam mengenai kemungkinan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP). "Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat telah dibatalkan. Mereka kini lebih berminat untuk mengusahakan satu inisiatif perdagangan pelbagai hala," katanya.

TPP adalah satu perkongsian yang melibatkan Brunei, Singapura, Chile, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru dan Vietnam, dan mesyuarat seterusnya akan diadakan di Australia pada bulan ini. "Jika ia bermanfaat kepada Malaysia, kabinet akan membuat keputusan muktmad mengenainya. Tetapi, ia tidak boleh memakan masa yang lama kerana beberapa peristiwa akan berlaku," katanya.


3. ADUN PR DI PERAK KELUAR PARTI


TC : Yang TC pasti, bila pengumuman ROMBAKAN KABINET dan MODEL EKONOMI BARU ini dumumkan pastinyer tidak sehangat isu yang ketiga ini. Dari sumber yang TC dengar, ADUN ni merasakan puak2 PR ini tidak menghargai beliau dan dirinya seperti sampah yang berterbangan di tempat pelupusan. Itulah ura-ura yang TC dengar yang menyebabkan beliau akan mengumumkan keluar parti pada bila2 masa sahaja. Jika ini terjadi, maka ADUN BEBAS di Perak bertambah lagi menjadikan 4 orang kesemuanya.


TC : SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN NANTI 3 KEJUTAN KEJUTAN INI...

3 comments:

  1. yang ketiga tu nak dengor sangat tu... yang pertama ngan kedua tu .. kentut yang sepi... kerja pemerintah cari nafkah untuk kita. :P

    ReplyDelete
  2. Sama sama kita saksikan yer bro..

    Aku pun tak sabar dah nie..

    ReplyDelete
  3. bagi aku ok lagi umno la.. walaupun bnyk bapak2 rasuah dlmnya... tapi takde pun yg kuar parti.. pkr ni pelik gak.. ramai2 kuar... sedangkan kemelutnya tidaklah seperti umno dan mca.. tiada siapa yg tahu apa yg berlaku.. aku pasti mereka dibeli..

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC