Friday, January 25, 2013

Susulan Edar Bible Di Penang, TC Bongkar 3 Lelaki 1 Wanita Terbabit.

Jika sebelum ini hanya media yang melaporkan itu-ini berhubung penyebaran Bible sebuah sekolah di Pulau Pinang, pada Rabu polis mengesahkan perkara itu.

Kejadian yang berlaku Khamis lepas itu menarik perhatian banyak pihak kerana ia berlaku sewaktu isu penggunaan kalimah Allah di dalam Bible heboh diperkatakan.

Kebimbangan umat Islam bahawa isu tersebut dibangkitkan kerana mempunyai 'udang di sebalik batu' ternyata berasas.

Polis menerima tujuh laporan mengenai pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, empat daripada laporan itu dibuat pelajar sekolah berkenaan manakala selebihnya oleh orang awam.

Beliau berkata, mereka turut menyerahkan Bible itu kepada polis sebagai bahan bukti.

"Setakat ini siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah serta tiada sebarang terjemahan dalam bahasa Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Kegiatan pengedaran Bible kepada pelajar Islam secara terbuka itu didedahkan penduduk kawasan Jelutong Khamis lepas dan mereka turut merakam video perbuatan tiga lelaki dan seorang wanita itu di hadapan pintu sekolah di Jelutong.

Abdul Rahim berkata kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. - AD 23/1/2013


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC