Monday, January 28, 2013

MUTAKHIR - 1 RUMAH 3 PASANGAN BERKHALWAT, 1 PASANGAN KANTOI TAK SEMPAT CABUT 'ALATNYA'

Tiga pasangan remaja ditangkap berkhalwat oleh Penguat kuasa Jabatan Agama Johor daerah Kluang di sebuah rumah sewa yang terletak di Taman Kluang Barat, di sini, pagi Jumaat lalu.

Ketiga-tiga pasangan itu ditahan pegawai penguat kuasa di rumah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi ketika orang lain sibuk keluar bekerja.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam sebelum ini.

"Ketiga-tiga pasangan yang ditangkap berusia dalam lingkungan 17 hingga 27 tahun dan dua remaja yang berusia 17 tahun itu dipercayai sudah berhenti sekolah hasil soal siasat yang dijalankan.

"Kesemua mereka didapati hanya bekerja sambilan di sekitar bandar Kluang dan tidak tinggal bersama keluarga disebabkan masalah keluarga bahkan ada juga yang tidak sempat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Khalil berkata, kebanyakan mereka menghadapi kesukaran untuk dijamin kerana ibu bapa mereka tidak dapat hadir sebagai penjamin disebabkan mereka sudah lama tidak tinggal bersama keluarga berikutan ada ibu bapa yang sudah bercerai.

Beliau berkata, pasangan terlibat akan didakwa di mahkamah syariah di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor iaitu khalwat.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Dalam pada itu, saya mahu mengingatkan sekiranya orang ramai ada maklumat mengenai maksiat boleh membuat aduan atau datang ke Pejabat Agama Daerah Kluang, atau boleh menghubungi terus di talian bebas tol 1-800-88-3072.

"Saya juga menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa menjaga maruah diri serta keluarga dan tidak hanya mengikut nafsu semata- mata dan sekiranya ada aduan boleh menghubungi kami kerana talian kami dibuka 24 jam bagi seluruh negeri Johor," katanya.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC