Friday, March 15, 2013

ATM TAKDE CERITA BANYAK. MISI CARI DAN TEMBAK SAMPE MAMPUS PENGGANAS DITERUSKAN !

Angkatan keselamatan Malaysia sudah mula menggerakkan beberapa aset perangnya dan menutup sebarang pintu rundingan termasuklah yang diusahakan oleh pihak ketiga seperti Kerajaan Filipina. Masa yang telah diberikan oleh Malaysia kepada lanun-lanun Sulu itu, telah lebih daripada mencukupi berbanding usaha menarik Malaysia ke meja rundingan sekali lagi.


Pertambahan kekuatan angkatan tentera Malaysia yang digerakkan ke zon merah dalam Ops Daulat memberi petunjuk bahawa Malaysia akan melakukan gempuran besar-besaran dan terakhir dalam tempoh 38 jam bagi menamatkan secara total pencerobohan lanun-lanun Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Gangguan daripada lanun-lanun Sulu yang kemaruk hendak berkuasa dan mengambil kesempatan di atas sifat baik hati Kerajaan Malaysia selama ini, perlu dihabiskan segera bagi memberi laluan kepada kerajaan untuk menumpukan Pilihanraya Umum Ke-13.

Lanun-lanun Sulu yang sebelum ini bercakap gah, sudah mulai hilang suara. Jamalul Kiram III dan Nur Misuari bakal diheret ke hadapan Biro Siasatan Negara Filipina. Manakala anjing-anjingnya yang lain pula, sedang terbirit-birit dikejar dan diburu oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Hari ini, tidak terdapat sebarang laporan tentang pertempuran. Bagaimanapun, pergerakan aset-aset ketenteraan yang lebih canggih, termasuklah helikopter yang dilengkapi dengan machine-gun bakal menambahkan bilangan lanun-lanun Sulu keparat yang hancur berkecai walaupun badan mereka penuh dengan tangkal dan azimat yang dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran agama Islam lanun Sulu.

Jumlah lanun Sulu sekarang, tidak seramai mana tetapi mereka bergerak secara gerila dan dalam kumpulan yang lebih kecil, sekaligus membuatkan pasukan keselamatan Malaysia mulai menghantar komando-komando tentera bersama-sama kereta perisai berantai dalam memburu lanun-lanun tersebut.

Hari ini, OPS DAULAT sudah masuk hari kesepuluh di mana 10 orang anggota pasukan keselamatan Malaysia terkorban manakala 59 orang lanun Sulu telah mampu dimamah peluru pasukan keselamatan Malaysia.

Filipina pada masa yang sama, walaupun bakal melangsungkan Pilihanraya Umum dalam tempoh terdekat, bertindak pantas dengan mula menjalan prosiding perundangan terhadap Jamalul Kiram III dan Nur Misuari. Manakala Malaysia pula memberikan tumpuan sepenuhnya kepada operasi menghapuskan saki-baki lanun Sulu bersama-sama ketua mereka yang dikatakan terkepung di Zon Merah Lahad Datu.

Semoga usaha pasukan keselamatan Malaysia akan membuahkan hasil sebaik-baiknya. Manakala bajingan-bajingan anjing kurap yang cuba menghancurkan Malaysia, sama ada lanun-lanun Sulu, mahupun rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai alasan mereka untuk memperlekehkan dan merendah-rendahkan semangat anggota pasukan keselamatan yang bertugas, perlu dikenakan hukuman yang seberat-beratnya!!


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC