Sunday, March 10, 2013

DAP PERAK DIAMBANG KEHANCURAN. Bertelagah Tak Ingat Cakap Luu..

Naib Presiden DAP Pusat, M Kulasegaran, semalam di dalam mesej di laman sosial Twitter beliau mendakwa Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya yang juga sepupunya,  Nga Kor Ming meminggirkan beliau, masyarakat India dan berterusan dengan amalan rasuah. Tindakan Kulasegaran yang dilihat cuba melepaskan kemarahan beliau kepada Nga-Ngeh bersaudara melalui laman sosial Twitter, menunjukkan keadaan yang semakin parah dan masalah berpuak-puak di dalam DAP Perak.




Umum mengetahui di Perak, Kulasegaran membawa satu puak DAP manakala Nga-Ngeh bersaudara pula membawa satu puak yang lain. Ngeh yang merupakan Ahli Parlimen Beruas dan ADUN Sitiawan dan Nga  sebagai Ahli Parlimen Taiping dan dan ADUN Pantai Remis dilihat sealiran dengan Setiausaha Agung DAP Tokong Joseph Lim Guan Eng. 

Di dalam siri mesej di Twitter beliau, Kulasegaran mendakwa dipinggirkan di dalam sessi ceramah perdana yang diadakan pada 8 Mac di dalam kawasan parlimennya. Sebagai Ahli Parlimen Ipoh Barat dan juga "tuan rumah", Kulasegaran tidak dipanggil ke sessi ceramah berkenaan, sebaliknya, sessi ceramah berkenaan dimonopoli oleh Nga-Ngeh bersaudara. 

Sesi ceramah telah diadakan bersempena dengan kemenangan Pakatan Haram yang berjaya megambilalih lima negeri dan menafikan majoriti 2/3 parti pemerintah Barisan Nasional pada PRU-12, lima tahun lalu. Sesi ceramah itu turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Pusat yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Gobind, yang juga anak Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC