Tuesday, March 12, 2013

Foto-foto: Tangkal (Ikat Bawah Testis) Dan Kain Berwarna Kuning Pada Pengganas Sulu. Kiram Tipu Orang Dia Kata Kebal.

Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak kebal, sekali gus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.

Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya. 


Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad. 

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - Bernama


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC