Friday, March 1, 2013

Laporan Harakah perkukuh kenyataan Nik Aziz mengenai BR1M. Hahaha Kantoi Dah.

Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri.

Itulah perumpamaan yang disimpulkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terhadap beberapa blog propembangkang yang mendakwa Utusan Malaysia telah memutar belit kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jika tiga hari lalu, blog berkenaan mendakwa akhbar ini cuba memfitnah pemimpin itu, tetapi lidah rasmi Pas, Harakah dalam laporan muka depannya hari ini secara jelas melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mengibaratkan BR1M sebagai 'hampas kelapa'.

Laporan bertajuk BR1M Ibarat Hampas Kelapa diletakkan di muka depan akhbar tersebut manakala laporan penuh di muka surat tiga menggunakan tajuk BR1M: UMNO anggap rakyat macam ayam.

Tindakan Harakah itu merupakan satu tamparan kepada penyokong Pas yang sebelum ini turut memasukkan rakaman penuh ucapan Menteri Besar Kelantan itu ke dalam YouTube kononnya untuk menepis fitnah terhadap beliau.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, penulis blog berkenaan dan penyokong tegar Pas sepatutnya berasa malu dan meminta maaf kepada Utusan Malaysia berhubung tuduhan mereka itu.

"Saya beli surat khabar Harakah hari ini dan hanya mampu tersenyum apabila melihat laporan muka depannya yang sama dengan Utusan Malaysia selepas mereka melakukan pelbagai tuduhan.

"Mereka sepatutnya malu dengan tuduhan itu dan meminta maaf kerana akhirnya tiada penafian oleh Nik Abdul Aziz sebaliknya kenyataan itu dikukuhkan lagi oleh Harakah," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar), Kamarudin Kassim pula menasihatkan penyokong Pas agar tidak mengeluarkan sebarang tuduhan secara membuta tuli.

"Inilah namanya ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri. Lain kali, jangan tuduh bukan-bukan sebab yang melebih-lebih hanya mereka, tetapi akhirnya akhbar yang sangat mereka sayangi telah memberi tamparan ke muka masing-masing," katanya dalam nada sinis.

Utusan Malaysia pada Khamis lalu melaporkan ucapan Nik Abdul Aziz yang menyamakan bantuan wang yang diberikan Kerajaan Pusat kepada rakyat sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Beliau dilaporkan berkata, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Laporan tersebut telah dipertikai beberapa blog propembangkang antaranya omakkau.blogspot.com, amenoworld.blogspot.com dan www.f8.com serta turut mendapat sambutan hangat di laman sosial Facebook.

Nik Abdul Aziz dalam reaksinya hanya dua hari selepas itu bagaimanapun tidak menafikan laporan Utusan Malaysia sebaliknya mempertahankan kenyataannya malah menuduh UMNO yang meletakkan taraf penerima bantaun wang seperti BR1M sebagai haiwan.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC