2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, "boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi".
3. Ini suatu perkembangan yang amat menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.
4. PAS pada zaman sebelum turunnya 'wahyu' terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam barang sedikit sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar perang, tetapi hairannya kini menghalalkan hubungan dengan Yahudi.
5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000 yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa masuk ke dalam negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah dibantai dengan begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir telah dilabel sebagai agen zionis.
6. Saya tidak pasti sama ada pendirian terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini disebabkan Datuk Seri Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan Anwar.
8. Anwar diketahui adalah seekor sesumpah politik (Malaysia's Chameleon) seperti yang diterbitkan oleh majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran yang didudukinya.
9. Pendek kata, apabila berhadapan dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila berhadapan dengan golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi seorang Islamist dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan dengan membaca sepatah dua ayat Quran dan istilah-istilah Arab bagi memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi dan Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh menerima amalan-amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk murtad seperti Lina Joy.
10. Itu memang Anwar. Sikap talam pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kecenderungan nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.
11. Jadi, tidak menjadi perkara yang menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel…"
12. Itulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh zionis dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika berketurunan Yahudi Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq dan Afghanistan), William Cohen dan Al Gore, malah merupakan rakyat Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel apabila menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat sabit kesalahan liwat.
13. Dari satu segi, seolah-olah Abdul Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa cukup-cukuplah kamu berurusan dengan Zionis.
14. Dan dari satu segi, Hadi Awang seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila dibangkitkan masalah moralnya, sifat pro-Amerika dan pro-Israelnya, akan menuding jari terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan "kapal Israel" yang berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun tak kenal ke?).
15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan telah menukar suasana parlimen menjadi zoo dengan ejekan-ejekan dan bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru ini.
16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat APCO yang ada kaitan dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad dan beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini dan Kerajaan Datuk Seri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk 1Malaysia=1Israel.
17. Tetapi, yang malangnya adalah pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah menunjukkan iltizam mereka bersama jamaah dan umat Palestin berdemo dan memboikot apa sahaja kaitan dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah syarikat milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry, Iphone, Motorola, Siemens dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik saham Yahudi serta ada yang memiliki regional branch di Israel.
18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan, pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah ibadat kita di tanah suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.
19. KFC dan McDonalds serta kaum kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya konglomerat ini menyumbangkan dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di Universiti Malaya, cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini dijadikan satu testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah beberapa hari lepas, perjuangan mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.
20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum habis saya menyebut 'Joo' (yang mempunyai sebutan hampir sama dengan Jew iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan mem'ban'kan atau mem'bar'kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.
21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.
22. Ada sahabat saya yang sampai tidak ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang ditugaskan menjaga remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun belum tentu merekanya berfahaman Zionis.
23. Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM untuk melakukan demonstrasi besar-besaran menentang kehadiran pasukan kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan dengan belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang belum mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.
24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak terampun, bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang tertentu untuk diseksa dengan malaikat yang sama dengan malaikat yang menyeksa Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.
25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, riwayat ini baru sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah juga sebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan dengan Yahudi. Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.
26. Samalah seperti setelah 30 tahun berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam, apabila rakan DAP mereka berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada Negara Islam di dalam Al Quran.
27. Sekali lagi, kes Memali berulang lagi. "Mati Syahid" Ibrahim Libya menjadi sia-sia. Pengorbanan penyokong PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis, dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.
28. Tetapi, seperti biasa, alasan pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli syura, tidak tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu pimpinan PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon pilihanraya parlimen Hulu Selangor dan pelbagai lagi keputusan "bijak" pimpinan parti yang kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.
29. Jadilah parti ini seperti 'Maharaja dengan baju baru'. Pengampu dan pembodek terus berkata, baju Tuan Guru yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.
30. Anwar tidak perlu risau, kerana segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan difatwakan halal oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.
TC: Gila babas punya pendedahan dari Ee Si Kucing FB. Terbaeekkk lee.
0 comments:
Post a Comment