Tuesday, March 27, 2012

PRU 13 - BERTELAGAH PKR vs PAS PASAL SEAT DUN. CHANGKAT JERING JADI REBUTAN PR.

Tahniah TC ucapkan kepada bloggers jiran TC, Kamuntingcentral atas posting dia baru2 ini yg dapat menghidu konflik perebutan seat DUN Changkat Jering yang dimata TC semacam tiada kesudahan. http://kamuntingcentral.blogspot.com/2012/03/bongkar-masalah-dalaman-pakatan-rakyat.html?m=0

Kita sedia maklum seat Changkat Jering yang kini di sandangi oleh YB Kapten Osman Jailu yang telah berpatah arang dengan PKR dan amat tidak menyenangi perbuatan-perbuatan keji DAP Perak telah keluar dari pakatan Rabak dan menyertai Bebas yang menyokong BN. Seat pada asalnya ini dari PKR telah jadi rebutan PAS Bukit Gantang untuk meletakkan calon mereka pada PRU 13 kelak.

Menurut Blog Pas (sisibukit.blogspot) Selagi belum ada keputusan pimpinan utama PR ,Changkat Jering ,bagi PAS Bukit Gantang dengan izin Allah s.w.t tetap bertanding di sini. Bagi PAS Bukit Gantang kerusi ini mereka "wajib" bertanding, kerana berlakunya pengkhianatan dan jatuhnya sebuah kerajaan.PAS Bukit Gantang bukan tamak,sebab itu mereka pun tak bising di Dun Kuala sapetang.Mereka hanya mahu DUN Changkat Jering.

Unit Peti Undi Pas dalam DUN Changkat Jering telah bekerja dan akan terus bekerja mengikut arahan Jabatan Pilihanraya Kawasan.

Pimpinan PR ,mesti membuat keputusan segera,supaya momentum kerja jentera PAS dapat dimaksimumkan.

TC: HAHAHA, berebut kuasa deme ni ye. Dengar kata PAS Bukit Gantang nak calonkan Nizar Lambai kat sini dan Parlimen sekali. Turun kawasan pun udah macam biskut chipsmore, ada hati.

Siap siaga lah semua, bak kata Pas Bukit Gantang, Pas tetap akan bertanding di Changkat jering. Maka bertemulah BN, PKR dan DAP (majoriti cina dlm kawasan)..

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC