Thursday, March 29, 2012

KATA DUA UNTUK MB AZIZAN DARI DAP. KAMI NAK KERUSI. GADUH LAGI.

PAS Kedah akan menerima hukuman jika tidak memberi kerusi milik mereka kepada DAP. Sudah ada perkiraan DAP Kedah untuk bertanding di kerusi yang melibatkan PAS jika mereka tidak diberi kerusi.

Keangkuhan Ostad Azizan Menteri Besar Kedah membangkitkan kemarahan barisan pimpinan DAP.Azizan dilihat sebagai tidak menghormati Tuan Besar DAP apabila mengendahkan arahan yang diberikan.

PAS Kedah sememangnya sudah lama tidak sebulu dengan DAP,tetapi anda semua harus tahu. PAS Kedah yang anti DAP hanyalah Ostad Azizan bukan seperti khawarij khawarij yang lain yang semua orang tahu walaq mereka hanyalah kepada Khalifah Lim Guan Eng .

Adalah tidak mengejutkan akhir akhir ini Ostad Azizan diasak oleh Anwarinas dan DAP. Beliau dikatakan tidak berimankan kitab Jinggay .Buku Jingga kata Ostad Azizan bukan Al-quran,kata kata ini membangkitkan kemarahan gerembolan haprak pakatan terutamanya DAP ,PKR dan hibrid DAP didalam khawarij PAS.

Selama ini kitab Jinggay dijunjung bagaikan kitab suci ke seluruh pelusuk negara. Tiba tiba Ostad Azizan bagaikan memijak kitab suci pakatan,ini dikatakan sebagai satu dosa besar yang sudah tentu diharamkan masuk kedalam syurga Nik Aziz.

Jom tengok perbalahan PAS Kedah dan DAP.

Pas Kedah tidak akan mengorbankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik parti itu walaupun DAP tetap berkeras menuntut tambahan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) menegaskan, ini kerana pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh Pas telah lama selesai dan hanya tinggal pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Kita sudah setuju pada dasarnya, jika negeri tidak boleh menyelesaikan masalah itu, maka ia akan diselesaikan di Kuala Lumpur untuk parti-parti tertentu sebab kita ada Majlis Presiden.

"Saya jaga yang Pas sahaja, kita sudah bincang lama dengan Pas dan sudah selesai. Sekarang DAP kena selesaikan dengan PKR," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.-Utusan

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC