Selama saya hidup di Kelantan ni ,saya nampak tiada banyak perubahan dari aspek pembangunan ekonomi yang dapat menjana keuntungan kepada rakyat Kelantan oleh kerajaan negeri PAS. Apa yang ada adalah hanya sobek-menyobek pembangunan yang telah di usahakan oleh kerajaan BN pada era 1970-80an dahulu. Hal yang demikian ini bukannya saya seorang sahaja yang dapat melihatnya malah semua warga Kota Bharu dan Kelantan
Penjualan harta rakyat Kelantan ini berlaku amat halus ibaratkan 'api dalam sekam' di mana segala penjualan harta rakyat Kelantan ini hanya di putuskan oleh para Exco Negeri Kelantan beribu pejabat di S.U.K Darulnaim yang segala dokumentasinya amat sulit dan tersembunyi daripada pengetahuan rakyat.
Di sinilah tempat berlaku segala kegiatan bawah meja , kronisma, dan memutihkan dokumen yang hitam. Apa yang dapat rakyat tahu adalah semuanya telah terjual dan apa yang perlu adalah berpindah secara sukarela ataupun di halau. Zalim tak zalim!!! peniagalah sendiri yang merasanya, yang melihat hanya berkata kesian!!
Tapak Pasar MPKB yang di jual untuk Sensa Timur bagi dijadikan apartment mewah yang harganya tidak mampu di beli oleh orang kebanyakan tambahan pulak hanya apartment 2 bilik. Agak-agaknya siapalah yang nak beli apartment 2 bilik beratus ribu ini. Drebar teksi anak ramai kot nak beli?? hehehehe.
Tapak Hotel Perdana yang amat gah dan pula terletak hanya di sebelah Stadium Muhammad ke-4 yang tiada takwilnya lagi tahap strategiknya. Malah akibat kejahilan dalam bab mengurus harta rakyat PAS menjual pada syarikat swasta. Maka, berebutlah syarikat nak beli tanah ini, sangat bernilai tinggi.
Kalau syarikat swasta ini tersebut fikir tempat ini tak untung untuk masakan mereka membuat pengubahsuaian yang besar dengan bangunan berbelas-belas tingkat hotel. Ini adalah kerana mereka telah mengunjurkan keuntungan dapat di perolehi dari pembangunan hotel ini untuk jangkamasa panjang.
Bukannya macam PAS , kalau saya ibaratkan PAS ni sebagai anak , maka saya anggap PAS ni adalah 'anak yang tak reti bawak diri, pakat jual habis tanah sako'. Bukan cara Islam doh ni
Hotel Ansar ini hanya di hadapan Bangunan PAS Negeri Kelantan telah mampos keras dan apakah statusnya. Apakah sudah dijual?.
Ayuh! Kita rakyat Kelantan bangun dan bangkit mempersoalkan apa yang telah di lakukan oleh pemimpin PAS yang hanya berkecek sahaja dan hanya mempergunakan nama Islam untuk kepentingan memegang kuasa dan tampuk pemerintahan walhal mencicirkan amanahh yang di beri oleh Allah Taala selama 22 tahun ini.
Apakah keuntungan pada Ummah dalam menjalani kehidupan yang semakin hari semakn mencabar ini. Ayuh !! Ayuh !! Ayuh!! bangkitlah kita demi anak cucu kita lepas kita mati nanti . Insyaallah.
TC: EMAIL DI HANTAR TERUS KEPADA TC di taipingcentral@gmail.com tq bro..
0 comments:
Post a Comment