Friday, March 23, 2012

MEH USHAR KOT2 SANGKUT JADI CALON - SENARAI CALON BN PERAK SIAP KATA DS ZAMBRY.

"Kita sudah buat persiapan tetapi kita tidak mahu buat seperti pembangkang yang kerjanya hanya pandai membuat ramalan. saya tidak tahu ahli nujum mana yang mereka panggil untuk membuat ramalan tentang pilihan raya".

Demikian kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) Perak bagi menempuh pilihan raya akan datang.

Tambahnya, beliau tidak mahu bertindak seperti sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat negeri yang lebih gemar membuat ramalan-ramalan tertentu yang kononnya sokongan rakyat terhadap mereka meningkat dan mampu mendapat undi lebih ketika pilihan raya nanti.

"Saya tidak mahu menjadi seperti Ngeh Koo Ham yang selalu membuat ramalan atau spekulasi kononnya mereka akan menang dalam pilihanraya akan datang," katanya.

Setakat ini katanya, di peringkat negeri, BN sudah pun berada dalam keadaan bersiap sedia termasuklah persiapan dalam jentera parti yang telah diperkemaskan lagi selain mengenalpasti calon yang berpotensi.

Walaupun senarai calon telah disiapkan, menurut Zambry, analisa mengenai calon masih perlu dilakukan perlu diperhatikan dari segi tahap pencapaian dan gerak kerja yang dilakukan.

"Saya tidak mahu ia menjadi satu senarai yang statik, kerana kalau satu senarai yang statik maka ia boleh dilihat sebagai satu senarai yang tidak bijak kerana penilaian kepada persembahan dan pencapaian mereka mesti berada dalam keadaan yang sentiasa baik.

"Meskipun nama sudah ada dalam senarai calon dan difikirkan layak untuk jadi calon dalam pilihan raya, namun sekiranya ada di antara mereka gagal menunjukkan pencapaian yang baik maka perubahan mungkin berlaku.

"Mungkin di peringkat tertentu mereka mempamerkan sesuatu yang baik tetapi setelah mengetahui nama mereka tidak ada dalam senarai calon maka individu terbabit mula mempamerkan pencapaian yang tidak baik.

"Atas sebab itu kita tidak mengguna pakai senarai yang statik dan mereka ini akan sentiasa dipantau dari segi pencapian secara berterusan," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, seseorang calon itu tidak akan hanya dinilai atas dasar tertentu sebaliknya aspek pencapaian dan hubungan dengan rakyat juga dititikberatkan.

Justeru, Zambry mengingatkan pemimpin BN negeri supaya mengekalkan hubungan rapat dengan rakyat selain mengenalpasti masalah yang wujud bagi membolehkan kerajan negeri mengatasinya pada kadar segera.

Katanya, sekiranya di sesebuah kawasan yang mempunyai masalah dan pemimpin tidak selesaikan segera, ia mungkin memberi kesan kepada pilihanraya.

Atas faktor itu jelasnya, program lawatan turun padang sentiasa dilakukan ke serata kawasan untuk memastikan segala persiapan jentera dalam keadaan baik selain mengekalkan semangat ahli BN pada tahap yang tinggi.

Kredit to: Perak Today

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC