Saturday, January 5, 2013

GAMBAR PUSAT SEKS @ PUSAT LENDIR DI PENANG.

Kerajaan negeri  Pulau Pinang digesa memberi perhatian  lebih serius terhadap pusat hiburan dan rumah-rumah urut di negeri itu yang dilihat tumbuh bagaikan cendawan sejak beberapa tahun lalu.
 
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, pertambahan pusat hiburan dan rumah-rumah urut di negeri ini sangat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan moral dan akidah masyarakat terutamanya remaja Melayu.
 
"Semakin banyak kalau kita lihat PKR memerintah. Sepatutnya pemimpin bertindak mengurangkan maksiat dan judi. Tapi kalau kita tengok  pada hari ini makin banyak dan ramai.

"Semua bangsa pun ada. PKR sepatutnya ambil tindakan sepertimana yang mereka kata mahu mengurangkan pusat-pusat sebegini," katanya.
 
Menurut Aminah,apa yang lebih membimbangkan terdapat juga beberapa pusat hiburan dan rumah urut yang turut menyediakan pelayan khidmat wanita atau GRO kepada pelanggan dan ada yang tidak segan silu turut menawarkan khidmat seks kepada lelaki hidung belang.
 
Ini terbukti apabila ratusan wanita warga asing yang berkhidmat sebagai GRO dan pelacur ditahan dalam ratusan operasi yang dilakukan oleh polis dan Jabatan Imigresen.

Namun apa yang lebih mengejutkan, terdapat juga beberapa rumah urut yang dikhaskan untuk lelaki bagi mendapatkan khidmat seks untuk yang bernafsu songsang.
 
Walaupun, berkali-kali diserbu penguatkuasa tetapi operasi pusat hiburan dan rumah urut itu tetap diteruskan seolah-olah ada pihak yang merestui kegiatan tidak bermoral di negeri ini.
 
Aminah berkata, pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang harus meneliti semula cara permohonan atau proses pemberian lesen kepada pusat hiburan dan rumah urut.
 
Menurutnya, disebabkan tiada tindakan tegas dari pihak PBT dan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang membuatkan kegiatan pelacuran semakin rancak di negeri ini.
 
"MAIP tak ambil tindakan tegas. Mesti tegas dan ambil berat untuk hapuskan benda ini walau tidak boleh hapuskan semua secara keseluruhan tapi kita cuba kurangkan."
 
Tinjauan di sekitar Bandaraya Georgetown juga mendapati ratusan pusat hiburan dan rumah urut bebas beroperasi di negeri  ini tanpa sebarang kebimbangan.

Kelihatan juga, beberapa pondan dan wanita berpeleseran di tepi-tepi jalan bagi mencari pelanggan.
 
Bagi peniaga makanan, Siti Habsah Hassan yang sudah 22 tahun berniaga di tempat  berdekatan dengan pusat-pusat hiburan,  kenaikan mendadak itu berlaku sejak Pakatan  memerintah Pulau Pinang.

"Malam minggu memang ramai, mereka lebih bijak atur strategi mengikut operasi dan serbuan yang dilakukan. Mereka berniaga ikut masa selepas atau sebelum operasi. Sudah makin banyak berbanding dulu, pelacur, pondan, gay,makin banyak."
 
Dalam pada itu penduduk tetap Pulau Pinang, Abdul Murad Syukor meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pusat-pusat sosial yang semakin berleluasa.

Katanya, beliau bimbang keadaan ini boleh menjejaskan moral dan akidah generasi muda masa kini.
 
"Di Pulau Pinang pada zahirnya kita sudah dapat lihat sebagai satu kawasan pusat sosial, rumah urut, judi dan pusat pelacuran.

"Kalau nak imbas 20 tahun dulu memang benda ini tak banyak. Sejak alih kuasa pemerintah boleh dikatakan setiap hotel punya sudut-sudut hiburan dan pusat persendirian tumbuh bagaikan cendawan."
 
Menurut beliau, sikap lepas tangan kerajaan negeri yang diterajui DAP ini juga boleh mencemarkan nama baik Pulau Pinang yang menjadi tumpuan dunia sebagai destinasi pelancongan.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC