Pendedahan bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ismail Mina tentang minat mendalam Ketua Pembangkang itu terhadap seorang penyanyi wanita dari Indonesia yang popular pada tahun 1960-an mula menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu diperjelas dengan terperinci.
Sehubungan itu, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md. Arip (gambar) meminta Ismail tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan 'mungkin pada masa itu orang tak perasan kecenderungan maksiat itu sudah ada pada beliau', seolah-olah ada cerita tersembunyi.
"Saya sendiri terkejut dengan pendedahan itu apabila Ismail ada menyebut kecenderungan maksiat Anwar yang gagal dikesan oleh rakan dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), namun malangnya tidak diterangkan dengan terperinci.
"Demi kebaikan semua pihak dan juga negara, saya memohon Ismail agar dapat memberikan penjelasan supaya tidak ada lagi rakyat akan tertipu dengan Anwar selepas ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas video rakaman wawancara Ismail yang disiarkan melalui YouTube bertajuk iFiles: Manusia Pelbagai Wajah, Bab 1 Bahagian 1 (http://www.youtube.com/watch?v>WZhtn8jv8L8).
Mengulas lanjut, Muhammad Zahid juga percaya sebagai bekas rakan rapat Anwar sejak zaman pelajar, sudah pasti banyak lagi rahsia yang mungkin belum diceritakan Ismail kepada umum.
"Anwar memang diketahui ramai khususnya bekas rakan baiknya sendiri umpama sesumpah yang sering menukar wajah untuk menjayakan apa sahaja dicita-citakannya.
"Atas sebab itu saya merasakan banyak lagi perkara yang belum diceritakan Ismail dan sudah tiba masanya segala rahsia dapat didedahkan kepada rakyat supaya mereka tidak salah memilih pemimpin," ujarnya.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
Free Download HENTAI, ECCHI, CARTOON.
ReplyDeletejust Click http://small-manga.blogspot.com
UPDATE DAILY!