Tuesday, February 12, 2013

PESAKIT BERAKSI LUCAH, DOKTOR MENGERANG KESEDAPAN.

Seorang lelaki dikesan menyamar doktor sebuah hospital kerajaan dengan meminta seorang pesakit wanita yang dihubunginya menerusi telefon melakukan beberapa aksi lucah termasuk membuka pakaian.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu (Perubatan) Dr Mohamad Omar berkata, kejadian terbaru berlaku minggu lalu apabila seorang wanita berusia 30-an yang hamil dihubungi lelaki terbabit yang menyamar doktor. 

"Pada mulanya, lelaki terbabit bertanyakan mengenai keadaan pesakit sebelum meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah termasuk membuka baju dengan alasan ia sebahagian proses rawatan selepas mendapat kepercayaan mangsa. 

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan berkenaan memandangkan segala maklumat mengenai keadaan kesihatan disebut lelaki terbabit tepat.

"Dalam perbualan itu, lelaki terbabit meminta mangsa melakukan beberapa aksi lucah dipercayai untuk memuaskan nafsunya dengan mendengar suara mangsa ketika melakukan aksi diminta," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC