Majlis Syura Ulama Pas sepatutnya daripada dahulu menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berasa hairan kenapa baru sekarang majlis agama tertinggi parti berlabel Islam itu mahu bertindak demikian.
"Sepatutnya daripada dulu lagi dah tolak Anwar. Orang yang berkelakuan macam itu macam mana nak terima," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina di Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, soal siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 nanti dikatakan kembali menjadi tumpuan apabila tercetusnya khabar bahawa Majlis Syura menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan.
Menurut sumber, walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis syura itu masih belum dipastikan namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) mampu menang dua pertiga majoriti pada PRU-13 akan datang.
Beliau berkata, perkara itu berdasarkan kepada sambutan rakyat termasuk majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA hari ini.
"Nampak sambutan baik. Mungkin keputusan pada PRU-13 pun baik. Harap BN mampu menang dua pertiga kerusi,'' katanya.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment