Akibat malu dan takut dimarahi keluarga, seorang gadis sanggup merahsiakan kejadian dia diperkosa dua bulan lalu, namun rahsia itu terbongkar apabila dia disahkan mengandung enam minggu ketika melakukan pemeriksaan kesihatan beberapa hari lalu.
Gadis berusia 20 tahun yang juga pekerja am di sebuah syarikat swasta itu dikatakan baru dua minggu mengenali suspek buruh binaan warga Indonesia berusia 44 tahun.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada 29 Disember lalu apabila suspek mempelawa mangsa datang ke rumahnya mengambil kacang panjang ditanam. Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki suspek mempunyai niat tidak baik datang ke rumah lelaki itu.
"Tindakan mangsa mengundang padah apabila suspek menariknya masuk ke dalam rumah lalu merogolnya," katanya.
Sumber berkata, begitupun perubahan diri yang berlaku pada mangsa disedari ahli keluarganya menyebabkan dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengandung dua minggu.
"Ahli keluarganya membuat laporan polis pada 15 Februari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau. Susulan laporan berkenaan, suspek ditangkap keesokan hari di kediamannya," katanya.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment