Anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terpaksa menanti hampir 20 minit sebelum bertindak memecahkan bilik 'dihuni' pasangan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan cacat pendengaran disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi, pintu bilik itu terlebih dulu diketuk pihak berkuasa untuk menjalankan pemeriksaan namun masih tidak dibuka.
Selepas 15 minit menunggu, anggota penguat kuasa dipercayai bertindak meminta kunci pendua daripada pemilik premis untuk memasuki bilik itu yang pintunya gagal dibuka sepenuhnya berikutan berkunci dari dalam.
Berikutan masih tiada maklum balas selepas lima minit dipanggil, pintu itu dikatakan terpaksa dipecahkan dan menemui satu pasangan OKU berusia 22 tahun tidur di atas katil.
Siasatan awal mendapati pasangan bisu dan cacat pendengaran yang menggunakan bahasa isyarat itu bukan mahram atau tiada ikatan sah lalu ditahan untuk tindakan lanjut.
Perkara itu dibongkar JAIM yang menjalankan 'Ops Cegah Jenayah Syariah' bersempena Tahun Baru Cina bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim Rahimin Bani berkata, dalam operasi bersepadu itu, seramai 15 individu termasuk empat warga asing berusia 20 hingga 29 tahun ditahan kerana didapati melakukan kesalahan berkurung yang mendatangkan syak.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment