Seorang ibu tunggal sanggup meninggalkan dua anaknya berusia enam dan 14 tahun semata-mata untuk meraikan Hari Kekasih bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini.
Lebih memeranjatkan, wanita berusia 40an dan lelaki berusia 33 tahun itu yang tinggal dalam kampung sama di Pontian mengaku datang ke hotel terbabit untuk memadu kasih bersama kekasihnya yang mempunyai tiga anak dan sudah beristeri.
Pasangan itu antara 36 individu yang ditahan dalam Ops Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).
Timbalan Pengarah Operasi Jaij, Ramly Jusoh berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu membabitkan hotel sekitar Danga Bay, Taman Perling, Bukit Indah, Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob dan Taman Ungku Tun Aminah.
Menurutnya, operasi yang membabitkan sepasukan 13 pegawai dan anggota Jaij itu memeriksa kira-kira 19 hotel murah bagi mengekang umat Islam di negeri ini menyambut sambutan Hari Kekasih.
"Daripada 36 yang ditahan, tiga daripadanya bukan beragama Islam dan berasal daripada Singapura dan Filipina. Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 45 tahun.
"Pemeriksaan hari ini pada sebelah pagi menahan 14 orang. Kita akan meneruskan operasi ini hingga malam ini bagi mengesan pasangan bukan muhrim yang meraikan sambutan ini," katanya di sini, semalam.
Ramly berkata, pasangan yang ditahan dibawa ke Jaij untuk diambil keterangan dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment