Pramugari Wang Lin adalah seorang peminat fotografi dan sering merakamkan kehidupan beliau dan rakan-rakanya ketika di udara dan juga di darat.
Baru-baru ini, Wang telah menyaman majikannya, Okay Airline dan meminta bayaran pampasan setelah beliau digantung tugas selama sembilan bulan kerana didakwa foto-foto tidak senonoh rakannya telah tersebar di internet dan telah menjejaskan imej syarikat penerbangan tersebut.
Wang Lin, lahir pada 1973 di Tianjin telah menjadi pramugari untuk Hainan Airline (ingatkan nasi ayam aja ada Hainan, syarikat penerbangan pun ada...) pada tahun 1992, tetapi berhenti pada tahun 2003 untuk menyambung pelajaran dalam bidang fotografi di Beijing Academy of Fine Arts.
Dalam tempoh 2005 hingga 2010, beliau telah bertugas semula sebagai pramugari di Okay Airline dan di sinilah bermulanya beliau mula merakamkan semua gambar-gambar rakan sekerjanya dengan persetujuan mereka.
Rakaman gambar tersebut memaparkan saat-saat mereka tidak bertugas dan bersantai. Mereka kelihatan sedang berehat-rehat ketika penerbangan dan di dalam bilik selepas penerbangan, bersolek, bercakap dengan keluarga melalui telefon, kekasih dan juga beberapa aksi yang agak seksi.
Wang telah mempamerkan hasil fotografinya ini di dalam sebuah festival dan pernah memenangi hadiah.
Namun begitu, hasil-hasil rakamannya itu telah mencetuskan kontroversi apabila seorang pengguna laman web yang tidak dikenali telah memuatnaik foto-foto berkenaaan sebagai aksi skodeng dan sebarkannya dilaman-laman web.
Akhirnya, Wang telah dituduh menceroboh dan menyebarkan privasi orang lain kepada umum. Untuk pengetahuan semua, di China, pramugari merupakan satu fantasi yang hebat untuk lelaki-lelaki miang! - PA
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment