Seramai 14 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Vietnam ditahan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops Sapu di empat kawasan rumah kedai tiga tingkat di ibu kota, malam kelmarin.
Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, dalam serbuan yang bermula jam 9.30 malam itu, sejumlah 30 warga asing diperiksa di premis tersebut yang dijadikan rumah sewa.
"Sebanyak 14 orang ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memasuki negara ini tanpa permit yang sah. Seorang wanita warga Vietnam dipercayai memiliki dokumen perjalanan palsu," katanya.
Menurutnya, ada antara warga asing itu, bertindak menyembunyikan diri di belakang pintu bilik dan di dalam tandas ketika serbuan.
"Semasa pemeriksaan juga, kami menjumpai dua pasangan kekasih, dua wanita Vietnam dan Indonesia bersama pasangan warga Bangladesh di dalam bilik masing-masing dalam keadaan yang mencurigakan," katanya.
James berkata, pihaknya mendapati kediaman berkenaan telah lama disewakan kepada warga asing.
"Kami akan mendapatkan maklumat pemilik rumah yang disewakan untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, pemilik premis atau rumah diingatkan tidak melindungi Pati kerana jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) iaitu membenarkan Pati memasuki atau tinggal di dalam premis boleh ditangkap dan dikenakan hukuman denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000.
Kesemua mereka termasuk tiga wanita yang berusia antara 20 hingga 45 tahun yang ditahan itu dihantar ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks KDN Jalan Duta untuk tindakan lanjut.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
kasihan banget thu gan...,, :D
ReplyDelete-->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--
Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB
http://mulok.library.um.ac.id/