Saturday, March 23, 2013

LATEST - VIDEO PENGGANAS BUAT KACAU DI ANGKASAPURI KL.. KEPALA GENG DIBERKAS.

Belum lagi reda krisis dengan pengganas di Lahad Datu, kini pihak polis berdepan pula dengan pengganas di Angkasapuri Kuala Lumpur, namun kedua-dua kumpulan pengganas ini dipercayai didalangi oleh individu yang sama.

Bagaimanapun tiga pengganas mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri secara ganas dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun  Razak. Namun ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 malam  tadi.

Siswa yang ditahan seperti biasa antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.

Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat (dipercayai daripada balaci dalang kumpulan ini) bahawa pengarah RTM ada di dalam. 

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya. 


Belajar pun belum habis dan nak tunjuk pandai... TC rasa selayaknya puak-puak celaka ni patut di humban ja ke negara lain dan jangan benarkan sesekali mereka-mereka ini untuk masuk kembali ke Malaysia.Biar dia reti sikit paling tidak pun keluarga mereka sudah pasti merana.

Kredit to: MMI.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC