Kalau semalam saya ulas kenyataan Mahfuz dan beberapa pemimpin Pas yang tak boleh terima kalau ada pemimpin BUKAN Pas, apalagi kalau dari Umno yang bercakap tentang hukum hakam agama - KLiK, hari ini kita boleh baca pandangan yang berkali ganda RIAKnya dari Nik Aziz pula -
"Ini kita sebut tiru jenama. Kalau dalam korporat bila tiru jenama boleh bawa ke mahkamah. Bila tiru, maknanya barang ni adalah palsu.
"Dosa pahala ini sebutan Islam. Dalam kebangsaan tidak ada dosa pahala, tidak ada syurga neraka. Bila kebangsaan sebut dosa pahala, dia meniru untuk mengelirukan rakyat,'
Langsung tidak ada coverline , DIRECT punya cakap ! Sebab Najib bercakap tentang 7 DOSA Besar PR termasuk Pas, ia menunjukkan Najib telah TIRU cara Pas. Malah Nik Aziz melihat perkara hukum hakam ini sebagai satu JENAMA MILIK PAS !
Dan Najib bila bercakap tentang sesuatu yang milik Pas, bermakna Najib telah mencuri hak copyright Pas !
Dan yang ini pasti buat ramai orang Umno MENDIDIH ...-
Mengulas lanjut, Tuan Guru berkata, amalan meniru ini pernah ditunjukkan dalam sirah Rasulullah SAW, apabila seorang munafik bernama Abdullah Bin Ubai yang sanggup membina masjid dirar semata-mata ingin menyaingi masjid Nabi.
"Dia tengok masjid Nabi ramai orang, dia pun buat masjid jugak yang dipanggil masjid dirar," katanya. - HARAKAH
Nik Aziz samakan Najib dengan Abdullah Ubai , seorang munafik ? !
Saya menunggu respon dari Umno ...... ada sesiapa nak bela BOS anda ?
PS - Langsung Nik Aziz tidak jawab isi tuduhan Najib sebaliknya beliau hanya memperlekehkan Najib yang sebut perkataan DOSA .... yang bagi Nik Aziz merupakan Hak milik terpelihara Pas !
Copy dari blog dinturtle
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment