Saturday, March 17, 2012

MARI BANDING - ANTARA UMNO DAN PAS, MANA LEBIH BERKEBAJIKAN..

SIAPA YANG LEBIH BERKEBAJIKAN?

Siapa yang lebih berkebajikan antara Kerajaan UMNO atau Pas Kelantan? Ini kerana Pas telah menukar dasarnya daripada Islam kepada berkebajikan.

Dengan pada masa yang sama Kerajaan Pas Kelantan sering melaung-laungkan pelbagai program kebajikan yang dilakukannya tetapi tidak siapa yang tahu jumlah sebenar peruntukan yang diberikan untuk membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.

Apa yang pasti setiap program yang diadakan BANNER akan dinaikkan diseluruh pelusuk negeri, mungkin kos banner dan promosi lebih tinggi daripada kebajikan untuk rakyat.

Rupa-rupanya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pas Kelantan dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat amat kecil tidak sampai 10% daripada sumbangan Kerajaan Pusat.

Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM84.5 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini berbanding kerajaan Pas Kelantan hanya RM7.4 juta pada tahun lalu.

Seramai 33,936 orang mendapat manfaat daripada peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan manakala hanya 7,279 orang penerima bantuan daripada kerajaan Pas Kelantan.

Maka tidak hairanlah kenapa Exco yang paling disayang oleh Nik Aziz, Hussam Musa tidak menjawab ketika disoal mengenai jumlah peruntukan kerajaan Pas Kelantan kepada JKM negeri.

Hussam cuba menyembunyikan fakta sebenar dan mungkin Exco atau waki rakyat Pas 'SEBAT' peruntukan pusat beri kepada rakyat kemudian mengaku hak negeri.

TC: JKM adalah agensi yang mana kedudukan dari segi perjawatan, peruntukan serta tanggungjawab adalah secara bersama diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

2 comments:

  1. Allah SWT. Berfirman:
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    Yang maksudnya:
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].

    ReplyDelete
  2. Berpolitik juga kenalah mengendahkan pengajaran Al-Qur'an, jika tidak padahnya Allah SWT sediakan syaitan yang akan menjadi teman yang tidak renggang daripada diri yang berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an itu.

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC