Sunday, January 13, 2013

MAMAT HENSOM JERAT 20 GADIS KE KAMAR TIDUR DI KELANTAN

Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.

Sebelum ini, tertuduh yang juga seorang duda telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lima tuduhan rogol membabitkan mangsa-mangsa lain. Kes-kes itu kini dalam proses perbicaraan kerana tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Dalam kes rogol keenam yang dikenakan terhadap Amran semalam, lelaki yang pernah berkahwin dua kali itu mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 25 tahun pada pukul 7 pagi, 18 April tahun lalu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di sebuah asrama pekerja di Jalan Kuala Krai dekat sini.

Atas tuduhan itu, Amran dari Bachok dekat sini didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pasar raya di sini terjaga daripada tidur selepas dia terdengar bunyi orang menggeledah di bawah katil di bilik asramanya.

Mangsa kemudian melihat tertuduh berada di sebelah katilnya sambil memegang sebilah pisau dan mengacu pisau tersebut ke leher mangsa sambil menyuruh mangsa diam.

Kejadian berlaku di NEGERI TADAHAN WAHYU dan yang dikatakan aman damai, nyaman dan harmoni kerana pemimpinnya adalah seorang ULAMA yang berjubah, berserban, bertongkat dan tersangat zuhud.

Pastinya para pecacai yang bengong akan mengaitkan ketiadaan hukum hudud di Kelantan yang menjadi punca kepada masalah seperti ini.

Kredit to: flying kick


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC