Friday, January 11, 2013

EDISI KANTOI - GAMBAR SUAMI DURJANA PROJEK DENGAN SCANDAL. ISTERI MENGAMUK

Baru dua hari lepas kita dikejutkan dengan berita seorang isteri ditangkap ketika melakukan hubungan seks oleh suaminya sendiri.

Lebih menarik anak perempuan mereka yang berusia 18 tahun turut sama menyaksikan aksi sumbang yang dilakukan oleh ibu mereka. Tambah gempar apabila pasangan wanita berkenaan dikaitkan pula dengan seorang pemimpin politik di kawasan berkenaan.

Namun kali ini, giliran isteri pula untuk berkongsi sedih dengan nasib seorang wanita yang berjaya menahan suaminya ketika berkhalwat bersama kekasih mudanya di sebuah rumah di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kali ini wanita itu membawa empat anak mereka sekali menjadi saksi kantoinya seorang ayah bersama kekasih berusia 25 tahun, selain beberapa anggota polis yang mengiringi 'serbuan' itu.

Suami berusia 51 tahun itu terkedu dan hanya mampu menelan air liur apabila terkantoi dengan isteri dan anak-anaknya sendiri selepas sekian lama menyimpan rahsia hubungan cinta gelapnya dengan 'ulam raja muda'  itu.

Dia yang telah berkahwin dengan wanita berusia lewat 40-an hampir 30 tahun lalu dan mempunyai enam anak, dibawa ke balai polis oleh sepasukan penguatkuasa agama JHEAIPP, selepas mendapat maklumat daripada anggota polis yang mengiringi isteri malang itu.

Mencabar betul dunia sekarang. Macam-macam kita dah dengar. Janganlah ada pula kejadian seperti ini berlaku di kalangan masyarakat kita lagi... 

* dipetik dari beritaharian online

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC