Thursday, February 7, 2013

AHLI PAS KEMAMAN MERUSUH PIJAK GAMBAR GUAN ENG. INI BARU KEBANGKITAN RAKYAT #KL112

Sekumpulan pemuda dipercayai penyokong Pas memijak poster gambar Lim Guan Eng dalam satu demonstrasi membantah DAP dan PKR dalam isu kalimah Allah di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kemaman, Terengganu.

Mereka berkumpul di pekarangan masjid Sultan Ahmad Shah selepas solat Zuhur sambil membawa sepanduk-sepanduk mempersoalkan pendirian Pas yang tidak menentu dan menyelar DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertegas mahu membenarkan kalimah itu digunakan bagi agama-agama lain di negara ini.

Wakil mereka, Mohd. Firdaus Harun, 26, berkata, mereka berasa tertipu dan mahu pemimpin Pas tidak berdolak-dalik dengan menggunakan pelbagai hujah untuk akhirnya tunduk kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang.

"Jangan kerana semata-mata begitu ghairah untuk mendapat undi bukan Melayu, kita gadaikan agama Islam yang selama ini dipertahankan melalui perlembagaan negara dan dibimbangi akan membawa kesan yang cukup mengelirukan," ujarnya ketika ditemui dalam himpunan itu.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC