Friday, February 8, 2013

Idham Care Projek Adun Pas Buat Duit? Bangkrap Le Parit Buntar Lepas Ni.

Setelah dipalit kontroversi kononnya beliau 'menutup' pejabat pusat khidmat wakil rakyatnya, kini Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah dikaitkan pula dengan dakwaan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menipu duit rakyat.

Laporan beberapa laman blog pro-Barisan Nasional(BN) dan pro-pembangkang sejak sebulan lalu memaparkan dakwaan Khalil Idham Lim memperalatkan NGO dinamakan Idham Care untuk mengutip dana wakaf bagi pembinaan Kompleks Pendidikan Darul Anwar (KPDA) sejak dua tahun lalu.

Sinar Harian difahamkan meskipun pelancaran skim tanah wakaf KPDA dan upacara pecah tanah projek pembinaan dilaksanakan di Lot 7933. Titi Serong pada 25 September 2011, namun sehingga kini kerja pembinaan KPDA tidak lagi dimulakan walaupun kutipan dana wakaf berjalan.

Laporan blog-blog turut mempersoalkan status penubuhan Idham Care selain mempertikaikan tindakan NGO itu menjalankan kutipan dana wakaf untuk pembinaan KPDA menerusi dua akaun berbeza selain peletakan akaun peribadi Khalil Idham Lim di dalam iklan promosi tertera di dada akhbar dan internet.

Khalil Idham Lim juga turut dikaitkan sebagai pemilik tanah seluas empat ekar yang bakal dijadikan tapak pembinaan KPDA dan menjalankan kutipan wakaf melalui sumbangan orang ramai, namun sehingga kini hanya papan hijau sahaja yang didirikan.

Berdasarkan penelitian Sinar Harian setelah melayari portal Idham Care, NGO itu menggariskan beberapa objektif utama penubuhannya untuk kepentingan dan kebajikan rakyat iaitu menyatukan semua golongan masyarakat, menganjurkan sebarang aktiviti bagi faedah masyarakat khususnya berkaitan dengan peningkatan taraf hidup, pendidikan, kemahiran dan integriti.

Selain itu, Idham Care turut bermatlamat memperbaiki rohani dan jasmani serta meninggikan akhlak dan iktisad masyarakat, memperbaiki semangat persahabatan dan persefahaman seluruh masyarakat.

Kewujudan NGO berkenaan juga bertujuan menggalakkan masyarakat bertanggungjawab di dalam hal ehwal tatarakyat dan kemasyarakatan dengan mengambil peranan yang berguna dalam masyarakat, mengambil bahagian dalam aktiviti aktiviti pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada seluruh masyarakat.

Ia turut memberi tumpuan kepada menanam semangat kasih sayang dan taat setia kepada negara serta menganjurkan kerjasama dengan badan-badan NGO sama ada di peringkat daerah, negeri dan peringkat nasional dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.

Portal itu turut menggariskan agenda NGO itu seperti bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal, mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan banjir, bantuan peralatan sukan dan perkara berkaitan untuk remaja, bantuan mengadakan perayaan hari besar Islam seperti ceramah dan sebagainya dan segala kegiatan difikirkan sesuai dengan keadaan semasa.

Bagaimanapun, beberapa laporan blog mendakwa Khalil Idham Lim bukan sahaja gagal memanfaatkan fungsi Idham Care untuk melaksanakan agenda rakyat, sebaliknya beliau didakwa menggunakan NGO itu untuk 'melariskan' perniagaan produk Al-Quran digitalnya.

Khalil Idham Lim juga dituduh tidak telus dalam mendedahkan individu terlibat dalam jawatankuasa pentadbiran Idham Care, selain merahsiakan status pembinaan KPDA sehingga menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal pengurus pejabat Idham Care yang dikenali Pak Din yang menyifatkan segala laporan blog bertujuan menjejaskan imej Khalil Idham Lim sebagai wakil rakyat.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC