Friday, February 8, 2013

REPORT POLIS C.N Al-Afghani UNTUK PAS. Abis La PAS, Tu Le Rembat Duit Tabung Memali Lagi

Bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau C.N Al-Afghani menegaskan tujuannya membuat laporan polis semalam berhubung penyelewengan serta pecah amanah berkaitan Tabung Memali oleh Pas bukan bermotifkan politik sebaliknya atas faktor kemanusiaan.

Katanya, selain laporan polis yang telah dibuat pada 27 Julai 2000 lalu, laporan polis semalam adalah semata-mata demi keadilan dan hak balu, anak-anak yatim serta mangsa peristiwa Memali yang selama ini teraniaya walaupun Pas berjaya mengutip sumbangan begitu banyak untuk Tabung Memali.

Sehubungan itu beliau mahu polis menyiasat laporannya semalam secara halus dan dalam masa sama membuka semula laporan polisnya yang telah dibuat pada tahun 2000 itu.

"Bagi saya kes penyelewengan tabung Memali yang pernah saya laporkan kepada polis pada 2000 belum selesai. Sehingga kini saya tidak menerima sama ada dalam bentuk lisan atau surat yang menyatakan kes ini selesai.

...
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC