Sunday, February 10, 2013

'Bila Terjaga, Seluar Saya Terlondeh, Baju Terselak' AKHIRNYA SAYA.....

Niat dua remaja perempuan 13 tahun melarikan diri dari pusat perlindungan swasta untuk minum minuman keras dengan tiga rakan lelaki membawa padah apabila mereka dipercayai dicabul dan hampir menjadi mangsa rogol di sebuah hotel di sini, selepas mabuk.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi, 13 Januari lalu, seorang daripada remaja itu melihat dua daripada tiga lelaki itu menanggalkan pakaian rakannya yang mabuk sebelum dia menjerit meminta tolong. Mangsa dikenali sebagai Moi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama rakan seusia dikenali sebagai Lam serta 13 penghuni pusat perlindungan itu melawat sebuah sekolah di daerah ini.

Bagaimanapun, katanya, dia dan Lam mengambil keputusan keluar minum minuman keras bersama rakan lelaki dikenali sebagai R. Katanya, mereka minum di sebuah kedai di Kampung Abdullah sebelum R serta dua rakan lelaki berusia 20-an tiba dan minum bersama.

"Tidak lama kemudian R beredar meninggalkan kami berempat terus minum minuman keras dan akibatnya, saya dan Lam mabuk. Kami dibawa ke sebuah hotel di Jalan Genuang, di sini.

"Saya tidak sedarkan diri dan apabila terjaga pada jam 5 pagi, saya dapati seluar panjang tiada manakala baju terselak menyebabkan saya mengesyaki dicabul dua lelaki berkenaan," katanya.

Menurutnya, dia mengajak Lam meninggalkan hotel itu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. Sementara itu, Lam berkata dia tidak begitu mabuk kerana tidak banyak minum seperti Moi dan ketika di bilik hotel, dia masih sedar serta berpura-pura tidur.

"Saya nampak dua lelaki itu membuka baju dan seluar Moi. "Melihat keadaan itu, saya menegur perbuatan mereka, namun tidak dipedulikan dua lelaki berkenaan, saya mengejutkan Moi mengajaknya keluar dari bilik itu dan membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, penjaga Pusat Perlindungan Pelajar swasta yang diduduki mangsa dikenali sebagai Low, 40-an, berkata, pengurusan membawa 15 pelajar pusat itu melawat sebuah sekolah di daerah ini sebagai aktiviti harian mereka.

"Kami beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu dan setiap pagi menghantar semua 15 pelajar kurang berkemampuan di pusat kami ke beberapa sekolah bukan kerajaan.

"Bagaimanapun, pada hari kejadian dua pelajar itu tiada di lokasi ketika pemandu van menjemput mereka menyebabkan dia mengambil keputusan menghantar 13 pelajar lain pulang ke asrama. "Pada tengah hari 17 Januari lalu, dua pelajar berkenaan pulang ke asrama dan menceritakan kejadian berlaku," katanya.

Menurutnya, semakan rekod mendapati dua pelajar itu mendaftar masuk ke pusat berkenaan awal 2012 dan ibu seorang daripada mereka dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kurang berkemampuan. Sementara itu, Jurucakap Penguatkuasaan Bahagian Taska dan Pusat Perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor berkata, semua Taska dan pusat perlindungan perlu berdaftar dan memaklumkan kepada JKM.

Menurutnya, pengurusan perlu mengikut garis panduan ditetapkan bukannya mengikut peraturan sendiri hingga membahayakan keselamatan penghuni.

"Kami menyiasat sama ada pusat berkenaan berdaftar dengan JKM atau tidak sebelum mengambil tindakan.
"Kami memandang serius kejadian itu kerana remaja berkenaan hilang melebihi 24 jam, namun tiada tindakan dilakukan pengurusan," katanya.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC