Friday, February 1, 2013

HOT - OKU Pun Ketagih Belaian Jugak, Tak Tahan Lari Dari Rumah.

Gara-gara salah faham, sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang bakal berkahwin bertindak lari dari rumah dipercayai bersama kekasihnya itu selepas membuat permohonan bantuan Baitulmal pada 10 Januari lalu.

Pasangan OKU Mohd Azwan Alimat, 19, menghidap masalah lembam dan teman wanitanya, Kasma Saari, 49, yang lembam dan kerdil dikatakan menghilangkan diri selepas membuat permohonan itu.


Ibu angkat Mohd Azwan, Russiah Bidin, 56, berkata, pada hari kejadian dia meminta anaknya menghantar kekasihnya pulang ke rumah di Sentul, namun gagal pulang selepas itu.

"Sebelum itu, saya bersama anak dan Kasma ke Baitulmal untuk membuat permohonan bantuan bulanan OKU sebelum pulang ke rumah di Taman Datuk Senu kira-kira jam 12.30 tengah hari.


"Selepas itu, saya meminta anak menghantar teman wanitanya pulang ke rumah yang juga terletak berhampiran kediaman kami," katanya.


Katanya, dia mula berasa tidak sedap hati apabila anaknya gagal pulang rumah dua jam kemudian dan cuba menghubungi telefon bimbit pasangan itu, namun gagal.

"Risau keselamatan anak, saya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul dan sehingga hari ini belum menerima sebarang khabar dari mereka," katanya.


Menurutnya, dia percaya pasangan itu lari dari rumah selepas dia melarang Mohd Azwan berjumpa teman wanitanya sepanjang mengikuti kurus kahwin.

Russiah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pasangan berkenaan untuk menghubunginya di talian 012-9203094 atau ke balai polis berhampiran.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

  1. wah., wah., wah...


    -->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--

    Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
    mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB

    http://mulok.library.um.ac.id/

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC