Seorang pembantu bengkel didenda RM4,500 dan penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda oleh mahkamah majistret di sini, semalam selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang ibu yang sarat mengandung.
Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Muhamad Saiful Azuwan Sawai, 28 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada Disember tahun lalu di rumah kedai Taman Patani Jaya, di sini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa yang berusia 23 tahun itu kira-kira jam 2 petang di bahagian tangga rumah kedai terbabit.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anida Mohd Nasir dalam pendakwaan meminta mahkamah memberi hukuman setimpal atas faktor kepentingan awam dan mengambil kira mangsa seorang wanita yang sarat tujuh bulan.
Terdahulu, peguam bela, Intan Nur Shafina Baharuddin memohon denda minimum dikenakan terhadap Muhamad Saiful Azuwan memandangkan tertuduh memperoleh pendapatan RM750 sebulan dan terpaksa menyara isteri dan seorang anak serta masih tinggal bersama kedua ibu bapa.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Monday, February 4, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Elok buh tapak kaki je kat muka jantan lagu tu..mcm sial betol!!!!
ReplyDelete