Tuesday, February 5, 2013

Juara Program Realiti TV Rogol Teman Wanita. Jom Terjah Siapa Dia.

Satu sumber yang dipercayai berkata, suspek yang berusia 20-an telah merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana semalam.


Didakwa oleh teman wanitanya, suspek ditahan pada jam 12 tengahari di Taman Melati setelah wanita tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kes rogol tersebut.

Ketika kejadian yang berlaku pada 31 Januari lalu pada jam 12.40 tengahari wanita tersebut mendakwa berada di rumah kekasihnya dan ketika itulah dia dirogol.

Sumber turut memberitahu bahawa berdasarkan laporan polis, penyanyi itu dikatakan merogol mangsa ketika keluarga suspek tiada di rumah.

Jika suspek didapati bersalah atas dakwaan merogol teman wanita sendiri, beliau boleh dipenjara selama 20 tahun dan juga sebatan.

Penahanan penyanyi itu juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amirudin Jamaluddin namun enggan mengulas lanjut berkaitan kes ini.

Sumber-Rotikaya.com



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC