Saturday, February 16, 2013

SEMAKIN KUAT MAKIAN KEPADA GUAN ENG. TERKINI AJK MAJLIS SYURA PULA BERANG

Kesemua ahli Pas perlu menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain selain umat Islam.

Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengarahkan pihak luar mematuhi pendirian majlis itu berhubung perkara tersebut.

"Pendirian terkini Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini adalah jelas dan disokong 100 peratus ahli-ahli Pas.

"Terpulang kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang mengubah pendirian yang diumumkan sebelum ini atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Johor mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta Pas menyatakan pendirian sama ada parti itu kekal dengan persetujuan bersama pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah atau akur dengan ketetapan Majlis Syura Ulama Pas.



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

2 comments:

  1. PAS tak bertanggung jawap lah kalau macam tu, baling batu sembunyi tangan, PAS boss yang setuju hal tu kemudian syura kata tidak, PAS tak berani ke nak berjuang untuk menegak kan kesucian Allah, bukan kah allah tu tuhan islam, bukan untuk ugama lain, orang ramai patut fikir apa kah pendirian PAS, untuk mempertahankan Allah pun tak da kemampuan,.. islam ke tu

    ReplyDelete
  2. Ntah la.. Itu pun tak leh dia org pikir. Terang dan nyata. Tapi tk pulak melalak meracau kat jln raya... Lepas batuk ja pas ni.. telan mati anak luah mati bapak. Sokong pkr marah tk sokong rakyat marah..

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC