Oleh itu, beliau berkata Wisma Putra akan mendapatkan maklumat terperinci daripada rakan sejawatannya bagi memulakan penyiasatan di negara ini untuk memastikan sama ada rakyat Malaysia menjadi dalang dalam mewujudkan ketidakstabilan berkenaan.
"Saya telah meminta rakan sejawatan saya untuk terus memberi maklumat berkaitan apa yang dilapor akhbar Filipina berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga.
"Beberapa diplomat dan duta turut mempersoal mengapa ia berlaku sekarang? Itu adalah soalan yang kerap ditanya ketika ini.
"Jadi, selain fokus dan keutamaan mencari penyelesaian masalah di Lahad Datu, pada masa yang sama, kita juga akan memulakan siasatan berhubung kemungkinan terdapat pembabitan pihak ketiga," katanya selepas sesi taklimat dengan kor diplomatik dan media berkaitan 'Operasi Daulat' di Putrajaya, Rabu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa risikan menyiasat dakwaan seorang pemimpin pembangkang mempunyai peranan dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Akhbar the Philippine Daily Inquirer menyiarkan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata pengganas terbabit ke Sabah atas jemputan seorang ahli politik dari parti pembangkang di Malaysia.
The Manila Times pula menyiarkan dakwaan pencerobohan itu ada kaitan dengan kempen pembangkang di Malaysia untuk melepas wilayah autonomi Sabah, jika mereka memenangi pilihan raya umum.
Bagaimanapun, Anifah berkata mesti ada bukti kukuh untuk memastikan kebenaran memandangkan dakwaan itu adalah sesuatu yang serius.
Sementara itu Wikileaks pula melaporkan :-
Kaitan antara ketua pemberontak Filipina Nur Misuari dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan dalam kabel diplomatik Amerika yang dibocorkan dari kedutaan Amerika Syarikat di Manila.
Laporan pada 2007 kepada Jabatan Negara itu menyifatkan Misuari, yang mengasaskan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), sebagai seseorang yang nampaknya masih menaruh aspirasi untuk "mendapatkan semula" Sabah dari Malaysia.
Ia berkata, pihak berkuasa Malaysia telah mengambil perhatian mengenai hubungan Misuari dengan Anwar, yang digambarkan sebagai kawan lama kepada pemimpin MNLF.
"MG Dolorfino (Komander Angkatan Tentera di Wilayah Negara Filipina, Mejar Jeneral Ben Dolorfino) mengulas bahawa Malaysia bukan hanya bimbang mengenai niat Misuari terhadap Sabah ... tetapi juga tentang hubungan beliau dengan Anwar baru-baru ini " kata kabel itu.
Kabel tersebut merupakan antara lebih 250,000 dokumen yang dibocorkan oleh laman web Wikileaks pada tahun 2010 dan boleh dibaca di wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html
Kredit to: Empayar Pemuda
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
0 comments:
Post a Comment