Saturday, April 13, 2013

VIDEO PAK STOPA - Sudah!! saya tak nak cakap apa-apa, saya serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen. HAHAHA, CAM KANTOI JE.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair. Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

 "Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

 Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

 Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.

 "Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.


 "Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

 Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.

" Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. - Bernama


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

2 comments:

  1. cakap je la...bukan saya. itu orang yg menyerupai saya...... itu pun nak kena lawyer yg cakap ke. kan orang pas mulut celupar. takkan tak mo cakap. orang kata diam tanda setuju. kan kan kan

    ReplyDelete
  2. Harap sangat agar Stopa TIDAK meletakkan jawatanya...

    Biarkan dia heret 'najis' ini bersama2nya kemana2 sahaja dia pergi... Seeloknya juga., dia bertanding laa di mana2 bahagian Parlimen..

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC