Satu letupan kuat telah berlaku bersebelahan dengan Command Center BN, Nibong Tebal sebentar tadi semasa program anjuran Barisan Nasional sedang berlangsung..Letupan tersebut telah mengakibatkan salah seorang petugas BN yang berada di kawasan tersebut cedera di kaki dan EP diberitahu mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan..
Mengikut berita yang diterima, bahan letupan tersebut telah meletup di dalam timbunan sampah (sisa dan bekas makanan) bersebelahan khemah Command Center dan dipercayai insiden ini merupakan kerja pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mensabotaj program BN yang mendapat sambutan seramai 3000 rakyat yang tinggal di kawasan tersebut..
Berita yang terakhir EP terima sebentar tadi, pihak Polis sedang berusaha mencari bahan bukti dan menghapuskan sisa-sisa bahan letupan yang masih belum meletup..
Pihak Polis sedang menjalankan siasatan yang terperinci mengenai insiden tersebut..
~ Empayar Pemuda
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Wednesday, April 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah main kasar nampaknya....dah desperate macam tu lah.
ReplyDeletedepa nk bom 2 bijik kete kebai Tok Non kot? Berani sungguh..Dekat Balai Polis Jawi tu... Bwk lg P Gay R punya penyagak dtg Nibong Tebai, kan dh huru hara...
ReplyDeletePuak Pas x buat mcm ni coz depa mana ada brain nak buat camni.. depa main terjah, serbu and baring2 je..