Sunday, April 28, 2013

HOT - Bilik Gerakan Pkr Tutup. Boikot Bermula.

Sumber mendedahkan Pkr Ampangan semakin tenat apabila 3 bilik gerakan Pkr telah ditutup. Salah satunya ialah bilik gerakan Pkr Gedong Lalang yang sebelum ini merupakan antara bilik gerakan Pkr yang paling aktif di Seremban.

Khabar terbaru Pkr terpaksa import jentera Teluk Kemang (orang Kamarul Baharin sendiri) untuk buka semula bilik gerakan Pkr Ampangan yang di tutup.

Antara faktor bilik gerakan Pkr Ampangan di tutup kerana jentera Pkr sendiri menyokong Haji Abu yang menjadi calon Barisan Nasional untuk DUN Ampangan. Malah kebanyakan ahli Pas di Ampangan juga semakin beralih arah kepada Haji Abu kerana peribadi Haji Abu itu sendiri amat disenangi semua pihak.

Faktor lain juga menyebut akar umbi Pkr terlalu sukar untuk menerima calon Pkr iaitu Kamarul Baharin yang merupakan salah seorang calon bidan terjun.

Pas pula dilihat semakin sukar memberikan kerjasama untuk memenangkan calon Pkr Ampangan kerana semakin hari semakin banyak bendera Pas versi hitam yang membawa maksud protes berkibaran di sekitar Ampangan.

Selanjutnya di http://paneh.blogspot.com/2013/04/bilik-gerakan-pkr-tutup.html?m=1



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

  1. smoga ampangan kembali ke pangkuan UMNO. insyaAllah..

    Baca kat bawah ni:
    Bila Bapak KERA Terlepas di TendangTerajang

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC