Tuesday, April 23, 2013

HOT - Wartawan Maut Di Belasah Macai Pakatan ??!!! Macai Detected!!!

Samseng ka pa ka benda dah berlaku ! Hanya kerana hon seorang wartawan sambilan meninggal dunia kesan daripada pergelutan dengan seorang penggerak satu parti politik.Apa punya musibat dah la ganggu depan rumah si mangsa , boleh pula buat samseng balun-balun orang.


Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis. - UTUSAN 

Sapa yang samseng sangat tu ?



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC