Sunday, April 21, 2013

#GE13 NIK AZIZ SAHKAN KIT SIANG MASUK SYURGA

Veteran PAS yang juga merupakan Mursyidul Am parti tersebut telah mengesahkan bahawa veteran dan penasihat DAP Lim Kit Siang kini sedang menuju untuk ke arah syurga.

PAS bagi DAP pakai logo kerana kepimpinan DAP tidak diiktiraf oleh ROS kelmarin.

Nampak sangat DAP sekarang tunggang PAS sampai sanggup gunakan logo parti Islam tersebut.

Apa pulak kata si Karpal, takkan nak diam je kot, dulu beriya sangat menentang kewujudan negara Islam di Malaysia apabila PAS mahu melaksanakan hukum hudud dan membina sebuah negara Islam.

Tapi hari ni DAP terpaksa akur dengan kehendak takdir apabila mereka terpaksa melutut kepada PAS.

PAS pula dilihat seperti dengan penuh kebanggaan memberikan logo mereka yang dikatakan sebagai lambang Islam digunapakai oleh DAP yang secara terang terangan pernah menghina agama Islam.

Tapi semua tu tidak menjadi masalah, sedangkan kalimah Allah lagi pun PAS benarkan untuk digunapakai oleh bukan Islam, inikan pula sekadar logo.

PAS akan menjual apa sahaja demi untuk mendapatkan kuasa dan jawatan demi untuk mencapai segala maksud.

PAS kini sudah jauh terpesong dan ini jelas dapat kita lihat dimana diantar kepimpinan presiden sebelum ini allahyarham Ustaz Fadhil Nor yang begitu menentang jika ingin menjalinkan hubungan parti yang bukan sesama Islam.

Tapi kini ianya amat jauh berbeza apa bila presiden PAS yang ada kini sanggup untuk berkompromi dengan DAP dan PKR yang sudah tentunya selama ini menentang Islam.

Satu lagi kelainan yang dibuat oleh PAS ialah apabila mereka turut mencalonkan orang bukan Islam sebagai wakil mereka dan tidak mustahil bilangan mereka ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

Jadi PAS pada hari ini diharap supaya tidak lagi menggunakan perkataan Islam didalam partinya kerana ianya sudah tidak melambangkang begitu.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC