Sunday, April 14, 2013

Aksi Video Seks Mustapha Ali - @PapaGomo Dalang Sebenar? Sial La Ko @Papagomo Hahahahaha

Sekadar menjawap fitnah pencacai pencacai pakatan Pembangkang yang mana telah melemparkan FITNAH ke atas Papa Gomo berhubung paparan aksi video seks Mustapha Ali setiausaha Agong PAS.

Isu video seks Mustapha Ali ini timbul pada hari khamis malam Jumaat yang mana pada hari Khamis itu kita disajikan dengan gambar gambar paparan seks mustapha Ali su Agong PAS. Ianya tersebar sejak petang khamis dan kemudiannya menjadi semakin panas apabila lebih ramai blogger, Faceboker dan media Twiiter mengeluarkan gambar seks tersebut. Papa Gomo terlibat pada jam lebih kurang 9 malam dan itupun setelah dimaklumkan oleh rakan rakan Mustapha Ali kantoi.

Pemimimpin pembangkang menyalahkan Papa Gomo dan ada yang bertindak melemparkan tuduhan kepada Papa Gomo bahawa video tersebut hasil editing yang mana dibuat oleh Papa Gomo. Video edit berkualiti tinggi adalah hasil kerja Papa Gomo. Malah lebih parah pembangkang menyatakan Papa Gomo yang mengedarkan video tersebut.

Semua mengetahui bahawa video seks Mustapha Ali disebarkan melalui bentuk VCD yang telah disebarkan di Terengganu. Makluman yang Gomo perolehi CD tersebut diedarkan sejak hari SELASA lagi. Pada hari Khamis barulah satu penangkapan dilakukan oleh pihak Polis ke atas 2 orang lelaki yang mengedarkan CD tersebut di Besut Terengganu.

Makluman pihak Polis:

Ringkasan Kes.
Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.

Siasatan:
1) MO: Suspek 2 orang lelaki anggota parti PKR telah mengedarkan cd video tersebut ke kawasan perumahan Kg. Alor Lintang, Kg Raja, Besut, Trg.
(2) Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali.
(3) Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' Mustaffa Ali. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.
(4) Sebanyak (16) sampul putih, di dalam tiap-tiap sampul tersebut mempunyai (1) keping. Jumlah keseluruhan cd video adalah (16) keping.

Jadi dimana pula Papa Gomo begitu hebat sampaikan boleh berada di Terengganu untuk mengedarkan video tersebut dan kemudiaanya memuat naik video tersebut dan menyebarkan di alam maya? Malah pada hari Khamis Gomo bersama keluarga pergi ke Mid Valley dan pulang ke rumah pada jam 9.30 malam. Power sangat kah Papa Gomo sampai boleh terbang dari Terengganu ke Kuala Lumpur?

Pembangkang begitu hebat menafikan itu dan ini apabila taik terkena pada wajah mereka. Dan itulah yang Gomo dapat lihat sepanjang terlibat dalam politik ini bahawa pemimpin Pembangkang adalah terdiri daripada mereka yang FASIK dan JAHIL kerana tidak mengakui kesilapan dan juga kesalahan yang telah mereka lakukan.

Dalm aksi video seks Mustapha Ali Gomo yakin 100% bahawa individu tersebut adalah setiausaha Agong PAS. Rakaman video tersebut juga adalah tulen dan Gomo juga yakin Mustapha Ali sendiri tahu mengenai pekara tersebut. Namun atas sebab kantong politik PAS maka mereka cuba menafikan bahawa individu tersebut adalah Mustapha Ali. Tidak cukup dengan itu mereka melemparkan pula tuduhan bahawa UMNO yang terlibat dan Papa Gomo dalangnya.

UMNO salah, Papa Gomo dalang itulah yang dimainkan oleh pihak Pembangkang baik dari pimpinan mereka sehinggalah kepada macai macai mereka yang dibawah. Hakikat yang sebenar untuk kita lihat adalah Mustapha Ali sendiri, jika beliau bukan lelaki dalam video tersebut apa susah sangat untuk beliau BERSUMPAH bagi membersihkan dirinya dari tomahan yang sedang berlaku waktu ini.

Rakyat Malaysia dimomokkan bahawa setiap sesuatu yang salah adalah berpunca daripada UMNO dan setiap kegiatan maksiat yang didedahkan adalah hasil EDITING dari Papa Gomo. Kalau lah benar Papa Gomo cukup hebat dalam membuat video sebegini sudah pasti pihak pembangkang juga boleh membuat video yang bermutu seperti Mustapha Ali dan teman wanitanya ataupun Anwar Ibrahim bersama China Doll.


Baca lagi Di sini: http://www.papagomo.com/2013/04/aksi-video-seks-mustapha-ali-papa-gomo.html?m=1


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC