Sunday, April 21, 2013

Orang Dia Sendiri Pun Dia Bohong, Lagi Kita Nak Percaya Ke ?

Kaki tipu sampai bila pun kerjanya hanya menipu. Bukan setakat tipu orang ramai , dengan orang yang sesama dia pun dia tipu. 

Orang yang dimaksudkan adalah calon PKR bagi kerusi Dun Sungai Acheh , Pulau Pinang. Lihat apa yang dia katakan pada 27 Mac 2013 , iaitu beberapa hari sebelum pembubaran parlimen.
Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara. Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah.

Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman - teman agar mengambil iktibar sejarah ini.

Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian, maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu sendiri. 

Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.


Boleh baca kenyataan penuh dia di blognya sendiri di sini

Itu kata dia sebelum parlimen dibubarkan. Nasihat orang bukan main lagi. Akhirnya dia sendiri cakap tak serupa bikin. Kata tidak bertanding dan kepentingan peribadi letak tepi, tapi pergi juga serah borang pencalonan untuk berentap dengan Pas. Malulah oiiiiiii......kalau janji sendiri pun tak ditunaikan....

Bercakap , berceramah berdegar-degar, tapi nak berentap dengan Khairy di tempat sendiri pun tak berani. Kalau tak nak berentap dengan Khairy di Rembau pun bertandinglah di mana-mana kerusi Dun di Negeri Sembilan, itu pun dia tak berani. 

Tinggal negeri sendiri pergi bertanding di negeri orang. Malu beb.....maluuuuuuu......

Lagi nak kelentong rakyat Malaysia ke ? 

Semoga pengundi Sungai Acheh tidak memilih kaki bohong, kaki fitnah dan kaki jalan raya sebagai wakil rakyat anda. Jangan biarkan diri anda dijadikan rubber stamp untuk dia menjadi wakil rakyat, mendapat gelaran yb dan menikmati segala kemudahan.

Kredit to: rbf online



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC