Sunday, April 28, 2013

HOT - Pemimpin DAP Kata Pas Tak Layak Dapat Undi Bukan Muslim

Apa dah jadi wehhhhh ???

Makin dekat hari mengundi mereka makin bergolak nampaknya....

.................................................................................................................................

JOHOR BHARU: Pemimpin nombor dua DAP Johor menggesa rakyat di Johor tidak mengundi PAS kerana yakin parti itu tidak ikhlas dalam berjuang bersama Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez juga mendesak DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang selagi PAS menganggotainya.

"Saya akhirnya telah memutuskan bahawa PAS tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa," kata beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pimpinan tertinggi PAS-DAP berganding bahu untuk menawan Johor dalam cubaan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.

Kedua-dua parti itu meletakkan pemimpin kanan untuk bertanding di negeri itu, termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob.

Kemungkinan Hadi menjadi perdana menteri jika Pakatan menawan Putrajaya meresahkan pengundi Cina dan menjadi isu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Malah Kit Siang dipetik berkata semua pihak harus bimbang dengan kemungkinan sebegitu kerana katanya "kita tidak tahu apa yang akan dilakukan" oleh beliau kepada rakyat bukan Muslim.

Norman bagaimanapun, tidak membataskan isu itu kepada soal siapa akan menjadi perdana menteri tetapi membidas dasar-dasar PAS keseluruhannya.

Norman berkata, tindakan-tindakan yang diambil oleh PAS secara bersendirian dan keengganan menerima secara mutlak manifesto Pakatan Rakyat harus meyakinkan bukan Muslim bahaya memberikan undi kepada PAS.

"DAP mesti sedar bahawa PAS bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini," kata beliau.
 
Antara Pos


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC