Belum pun lama, Chegu Bard kata dia tidak akan bertanding dan sanggup diketepikan, asalkan Pakatan Rakyat menang. Dia punya merajuk, mengalahkan Puteri Gunung Ledang tak diberi darah. Habis takut sekalian penyokong dan para pemimpin Pakatan Rakyat, sehinggakan terpaksalah diwujudkan sebuah kawasan untuknya yang dikira 'selamat' walaupun sebenarnya tak selamat langsung memandangkan pengundi dan penyokong yang diharapkan di Sungai Acheh adalah dari kalangan PAS, sedangkan PKR pula hanya mengira bulu di telur.
Semalam punya kisah, ingatkan sudah habis. Rupa-rupanya tak habis. Rupa-rupanya ada kisah yang lebih menarik.
Yang ditentang oleh Chegu Bard, bukannya calon Barisan Nasional, tetapi PAS. Chegu Bard ungkit tentang persetujuan yang telah diberikan oleh Lembaga Presiden Pakatan Rakyat. Dia petik sekali nama Hadi Awang yang kononnya telah memberikan endorsement kepadanya untuk bertanding di Sungai Acheh.
Chegu Bard cuba kenen kat Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah yang disifatkannya sebagai PENGACAU DAUN. PAS pula dikatakannya sebagai MUNGKIR JANJI dan TIDAK BOLEH DIPERCAYAI kerana amalkan sikap TIKAM BELAKANG.
Maka digunakanlah TWITTER untuk menghebahkan kepada sekalian alam perangai orang PAS terutama sekali UNIT AMAL PAS yang memang lebih banyak lagak. Katanya, sewaktu majlis penyerahan borang pencalonan, dia hampir dipukul oleh anggota Unit Amal. Manakala anak dan isterinya pula telah dikasari dan ditolak.
Semuanya kerana PAS cuba menghalang dia daripada menghantar borang pencalonan.
Kesian Chegu Bard... merengek tak sudah-sudah dia nih!!!
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Sunday, April 21, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment