Sunday, March 4, 2012

MB SAMBUT POST TC.. MB PERAK SELAR PAS PASAL KUTIP BR1M..

Tahniah TC ucapkan kepada YAB MB Perak kerana menyambut posting TC tempoh hari berkaitan 10% drpd BR1M yg akan di aqiqhahkan ahli kepada dewan masing. Di laman surat khabar utusan Malaysia yg berbunyi:

LUMUT 3 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

"Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

TC: Yang menjadi peliknya, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Husin bila di tanya oleh akhbar tidak menafikan perkara tersebut malah mungkin menyatakan ia sebahagian drpd PAS untuk ahlinya bersedekah.

Ni nak bagitau, kalau nak beramal pun bukan begini caranya. Sudah tentu penerima BR1M ini adalah dikalangan orang2 yang susah.

Sudah terbukti, Pas tiada jalan lain dan semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya sehingga sanggup mengambil wang dari rakyat yang susah..

TC: fikir fikirkanlah...

5 comments:

  1. Hahaha... Kata brim haram tapi sebaliknya dia yang balun... Elok sangatlah pas memang ramai yang kaki angguk... Bagi jer semua, kalau bini pun boleh...

    ReplyDelete
  2. 10 % BANYAK TU BOLEH BELI BERAS 10 KILO 3 KAMPIT.KAU NAK BERTANDING KAU CARILAH DUIT SENDIRI....BILA MENANG DUIT ELAUN JADI YB KONGSI TAK DENGAN RAKYAT...HARAM TAKKAN

    ReplyDelete
  3. masa ceramah kau kaut duit welfair pun kau nak ...muka tak tau malu

    ReplyDelete
  4. pasal apa kau tak minta semua harammmmmmm

    ReplyDelete
  5. haram untuk UMNO bukan HAMPAS

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC