Friday, December 21, 2012

KEJOR YOP KEJOR - PERAK BAKAL JULANG PIALA EMAS RAJA2. KEDAH BAKAL TERSUNGKUR. Muahaha

Perak yang diwakili pemain Piala Presiden dan skuad Belia Bawah 19 tahun mahu menamatkan musim 2012 dengan menjulang Piala Emas Raja-Raja.

Hasrat itu disuarakan jurulatih Seladang, Abu Bakar Fadzim yang juga pengendali skuad Piala Presiden itu ketika mengulas mengenai final dengan Kedah yang akan diadakan di Stadium Perak, Sabtu ini.

"Pemain saya mahu mengulangi kejayaan merangkul Piala Presiden musim ini dalam final yang akan diadakan di Ipoh.

Ditambah dengan kejayaan Persatuan Bola Sepak Melayu Perak (PBMP) mendapatkan hak menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir itu, saya yakin ia akan meningkatkan lagi semangat pemain," katanya semalam.

Jurulatih itu yakin anak buahnya berada di atas landasan tepat untuk turun membut perhitungan dengan Kedah, naib juara 2009.

"Semangat pemain tinggi pada masa ini. Mereka bertekad membawa pulang piala bagi menjulang nama negeri selepas Perak tenggelam selama 22 tahun," katanya.

Malah semangat pasukan semakin meningkat dengan kehadiran semula kapten, Mohd Nasir Basharuddin yang pulih daripada kecederaan.

"Nasir sudah sembuh dan kehadirannya akan memantapkan lagi benteng Perak." Namun Bakar tidak mahu anak buahnya bersikap terlalu yakin walaupun Perak pernah menundukkan Kedah, 2-1 dalam perlawanan pemanas badan.

"Itu perlawanan persahabatan. Ia tidak boleh dijadikan ukuran dan sandaran. Kedah juga buah calang-calang pasukan.

"Saya jangka pertarungan sengit dan menarik Sabtu ini. Justeru pemain Perak perlu menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri," katanya.

Kerajaan negeri Perak akan menambah hadiah sebanyak RM40,000 jika Perak berjaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja edisi 2012 berdepan Kedah pada 22 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu, Menteri Besar, Datuk Sri Dr. Zambry Abd. Kadir bersetuju menambah jumlah wang hadiah jika Perak berjaya menjulang piala tersebut.

Difahamkan juara Piala Emas Raja-Raja akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM40,000 daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM).

Oleh itu, skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 jika mereka berjaya membawa pulang Piala Emas Raja-Raja.

Perak layak ke perlawanan akhir setelah membelasah Selangor 6-1 dalam separuh akhir kedua di Ipoh kelmarin untuk agregat 7-1 .

Pada separuh akhir pertama di Shah Alam, minggu lalu, Perak yang dibarisi pemain-pemain Piala Presiden menang 1-0.

Kejayaan Perak layak ke perlawanan akhir merupakan peluang untuk mereka mengulangi kejayaan 22 tahun lalu.

Kali terakhir Perak layak ke perlawanan akhir pada tahun 1990 dan muncul juara setelah mengalahkan Kelantan 3-0.

Kita menambah wang hadiah itu bagi merangsang para pemain supaya bekerja keras untuk mengejar kejuaraan yang dinantikan sejak 22 tahun lalu," jelas Zainol.

Hasrat kerajaan negeri menambah wang hadiah itu telah diumumkan kepada semua pemain dan pegawai pasukan Perak selepas perlawanan separuh akhir kedua kelmarin.

TC: Errrrr, jangan lupa jugak ye Kerajaan Negeri bagi insentif promosi buat bloggers2 Perak ye bosssss.. Ngeeee..

KEJOR YOP KEJOR


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

3 comments:

  1. mohon pautkn blog sy bro...blog bro sudah sy pautkn terima kasih
    anakjatimalaya93.blogspot.com

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC